31 July 2012

Usahawan vs Nelayan (The Entrepreneur and the Fisherman)


Post kali ini saya nak share salah satu cerita favorite saya berkenaan orang yang berjaya ni. Cerita dia lebih kurang macam ni..


Pada satu hari, ada seorang usahawan berjaya dari bandar datang untuk bercuti ke sebuah kampung di pedalaman. Sampai di sana, dia singgah beli seekor ikan yang agak jarang ditemui dari seorang nelayan di situ. Setelah dimasak, ikan itu padanya tersangat sedap. Tak pernah dia rasa ikan sesedap itu sebelum ini.

Keesokkan harinya, dia pergi untuk beli ikan yang sama. Tapi nelayan itu telah pun menjual semua hasil tangkapannya. Usahawan itu dapat tahu, nelayan itu ada lubuk ikan rahsia di mana dia pergi memancing setiap hari. Walaupun ikan yang ditangkap itu kualitinya baik, tapi dia hanya dapat tangkap beberapa ekor sahaja dalam sehari. Usahawan bertanya, kenapa tak ambil masa lebih lama untuk pancing ikan?

Kata nelayan: Tuan, saya jarang bangun tidur awal. Bila bangun, saya habiskan masa bermain dengan anak-anak saya. Saya habiskan masa beberapa jam saja waktu petang untuk memancing. Lepas tu, pergi bersiar-siar sebelum makan malam dengan keluarga. Kemudian, lewat malam sikit, saya ke kedai kopi menyanyi dan bersantai dengan kawan-kawan. Tuan nampak kan, hidup saya sempurna dan bahagia.

Balas usahawan: Awak patut tangkap lagi banyak ikan. Ikan yang awak tangkap ni bagus-bagus. Kalau awak buat macam tu, masa depan awak akan lebih cerah. Saya usahawan besar di bandar. Saya boleh bantu. Nak masa depan yang cerah, awak kena bangun awal pagi. Habiskan masa sepenuhnya memancing. Macam tu baru boleh dapat ikan yang banyak. Bila dah banyak duit, boleh beli bot yang lagi besar. Beberapa tahun lagi, boleh beli beberapa buah bot dan sewakan pula bot kepada nelayan yang lain. Tak lama lepas tu, awak boleh buka kilang ikan dan boleh ada produk ikan awak sendiri. Lepas tu, awak boleh cari pekerja yang boleh uruskan kilang awak tu. Awak boleh jadi jutawan. Hidup senang, dan tak payah kerja lagi sepanjang hidup awak.

Nelayan: Lepas tu, apa yang saya boleh buat?

Usahawan(tanpa lengah, dan penuh bersemangat): Lepas tu awak duduk kat kampung, tidur lewat tiap hari, main dengan anak-anak, pergi bersiar-siar selalu, menyanyi dan bersantai dengan kawan-kawan kat kedai kopi..


Hehehe.. moral of the story.. Kekadang kita ni terlalu sangat nak kejar "kejayaan" sampai kita lupa apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup kita ni. Sebagai renungan bersama.



*p/s: watak & lokasi mungkin tak sama dengan cerita asal, tapi moral of the story tu lebih kurang sama la..


Credit:Ernie J. Zelinski

30 July 2012

Pelaburan Emas - apa yang perlu anda tahu

Emas merupakan sejenis logam yang amat diminati oleh manusia sejak dulu lagi. Kerana itu jua lah, ia telah mengambil peranan sebagai matawang iaitu 'medium of exchange' beberapa abad yang lalu. Sejak presiden Nixon (Amerika) memperkenalkan sistem kewangan baru, iaitu menggunakan wang kertas sebagai matawang menggantikan emas, emas telah berubah menjadi komoditi, diperdagangkan sama seperti getah, minyak, rempah dan sebagainya.

Baru-baru ini, pelaburan emas menjadi topik hangat yang sering diperkatakan. Namun, sebelum kita terlibat secara langsung dalam pelaburan ini, adalah elok kita kenal apa itu emas dan perkaitan dengan pelaburan ini.

28 July 2012

Tiap-tiap Bulan Dapat Bonus


Harapkan Pagar, Pagar makan padi..

Masalahnya, ada ke "Pagar" yang boleh makan padi??
Sebenarnya ada sikit kesilapan masa translate peribahasa ni dari tulisan jawi ke rumi. Yang dimaksudkan sebenarnya ialah burung/ayam pegar, bukan pagar. An interesting read here. Moga memberi manfaat. :)


27 July 2012

Inokom Elantra MD - Malaysia

Tahun 2007, saya beli inokom getz 1.4 auto. Market price dalam 59k. Tapi yang saya beli, buatan tahun 2006. So, dapat diskaun. Saya beli, OTR 53k. Loan dengan Public Bank, 48k. Letak downpayment sikit.

Time survey tu banyak tempat juga pegi, tapi cuma kat satu kedai kat Sunway, dapat harga ni. Skg kedai tu dah tutup. Tapi itu cerita lain la..

Masa tu, survey juga kereta sama class dengan dia. Myvi, yang masa tu agak baru keluar.. dengan Honda Jazz. Untuk spek yang lebih kurang sama, Jazz terlalu mahal. Myvi, walaupun harga lebih murah, tapi interest tinggi. In the end, bayar bulan-bulan sama dengan beli kereta yang lagi mahal, tapi interest murah.

Baru-baru ni Hyundai Malaysia (anak syarikat Sime Darby) launch kereta baru (bulan April 2012). Tapi bulan 7 ni baru iklan keluar tv. Ni nak bagi chance orang lain keluar iklan dulu la kot.. lol.

Link untuk review kereta ni..
Fastmotoring.com


Facebook kelab Elantra MD Malaysia:
Msia.EMC

Compare dengan kereta-kereta Jepun yang ada, rasanya kereta-kereta Korea ni dah banyak maju dari segi teknologi sekarang ni. Just a personal opinion. :)

-honda city baru- -honda civic baru-

nak internet free?? cer tgk.. 

23 July 2012

kitchen cabinet

Tahun lepas, kami pasang tile kat porch + cat rumah sekali. Alhamdullilah, ada lebih bajet sket thn ni, kami pasang KC. Bkn apa, dah 3 thn duk rumah ni, tapi kitchen .. tak tau nk kata cam ner. Lg pun bila anak dara semakin membesar nie, semakin rajin dia menolong kat kitchen. Takut pulak jadi benda2 tak sepatutnya. So, nak tak nak, kena la buat jugak..

Pk punya pk, last2 kami decide buat je la kat kithen area sedia ada. Ada gak idea nak tambah belakang, tapi kos dia tak ter'cover' dengan bajet ciput kitaorang nie..

sebelum..



selepas...
ok la kan.. :)

lagi gambar kat sini

streamyx vs unifi


Sblm ni, kami lama gak guna streamyx. Post berkaitan, 1 2 3. Bln 4 lepas, kami upgrade ke unifi. Amik VIP 5 jer. Standard contract, 24 bulan. Installation standard, free.. tapi kami kena topup RM50 sbb kontraktor kata kena tambah wayar untuk sampai ke kabinet tv kami. Pengalaman stkt ni, ok la.. takde problem. Tertarik dgn promo 'super speed me' nie. Bln 4, 5, 6 punya bil, sama mcm bil streamyx. Start bln 7 nie baru dia caj ikut harga unifi. Yang best nye, speed internet lagi laju + murah dari speed streamyx sblm nie. Guna line fiber, so lebih stabil dan laju. Dpt free call ke semua line TM. So, call kampung free la. Call ke handphone pun murah, compare dengan call guna handphone biasa..(#kami skg guna umobile). Astro dah terminate, cos tak tengok sgt pon. Dengan unifi, lyn iptv. Ok la, yg penting masa hujan takde interruption. Bln 1st dpt tgk semua channel free. Lps tu kalau nk tgk channel premium, kena tambah RM30. Takpela, channel free dia pon dah ok bagi kami yg tak berapa rajin tgk tv nie..

Satu pengalaman nak share, awal bln ni kami nk pasang kitchen cabinet. Memandangkan FTB unifi (kotak yang kat luar rumah tu..) dkt2 dengan tempat nak tebuk lubang hose kitchen hood, kami call la TM. Kot la bole alih sket. Sekali dia kata caj untuk ubah - RM200. Tak kisah nak alih ke mana. Terus cancel. Last2 tebuk juga la lubang tu. Nasib baik juga la tak kena. Kalau tidak, terpaksa melayang duit..

zakat fitrah 1433H


KADAR ZAKAT FITRAH SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1432H
1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50
5) Pahang - RM 7.00
6) Perak - RM 7.00
7) Pulau Pinang - RM 7.00
8) Sabah - RM 7.70
9) Sarawak - RM 7.50
10)Kedah - RM 7.00
11)Kelantan - RM 7.60
12)Johor - RM 7.50
13)Terengganu - RM 5.00 (rendah)
- RM 7.00 (pertengahan)
- RM 8.00 (tinggi)
14)Perlis - RM 6.00
Oleh yang demikian, kadar fidyah di Wilayah Persekutuan bagi tahun ini: RM 1.80 (KADAR OLEH BAITULMAL : RM 1.75)


Perbandingan Terdahulu :
2011
2010