19 October 2012

Tips Menampal Kebocoran Wang

'Kebocoran Wang' adalah masalah kritikal yang sering kita hadapi dalam pengurusan kewangan. Kita sering tak sedar ke mana perginya duit kita setiap bulan.

Cuba renungkan senario ini sejenak;
Bila dekat-dekat nak gaji, minda kita mula terfikir untuk beli mcm2 benda. Baju baru, kasut baru, jam baru, hand phone baru, dan sebagainya. Seterusnya, fikir pula nak bayar hutang dan bil2. Kita merasakan 'membayar orang lain' lebih penting dari 'membayar kepada diri sendiri'.

Dr Azizan Osman, pernah berkata;
"Perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin adalah cara mereka berfikiran terhadap wang."

Orang kaya, bila dapat duit, dia akan fikir macam mana nak gandakan duit itu.
Orang miskin, bila dapat duit, dia pula fikir, ke mana nak belanjakan duit.

Tips Menampal Kebocoran Wang


1. Jangan bagi pinjam duit


Sebagai seorang manusia yang baik, kita sering kali terbiasa untuk beri pinjaman tanpa syarat kepada kawan-kawan dan sanak saudara. Masalahnya, kajian menunjukkan 95% peminjam 'lupa' untuk bayar balik pinjaman mereka. Tentu sukar bagi kita sebagai pemberi pinjam untuk dapatkan balik duit kita, terutama sekali jika kita perlukan duit dalam masa singkat.

Walaubagaimanapun, janganlah jadi kedekut. Kalau kawan kita tak makan kerana tak ada duit, tak salah kita bagi pinjam lima atau sepuluh ringgit. Kita boleh bagi pinjam sekadar yang kita mampu sahaja. Dalam keadaan ini, kita tak perlu risau jika kita tak dapat balik duit itu dalam masa terdekat. Tapi kalau tiap-tiap hari nak pinjam, tak boleh la kan..


2. Tahu bezakan Kehendak dan Keperluan


Kita selalu sukar nak bezakan antara kehendak dan keperluan. Keperluan ialah apabila kita tak dapat, akan mendatangkan mudarat atau kesakitan yang teruk kepada kita. Kehendak pula, bila ada, kita akan rasa lebih senang dan selesa. Tapi kalau tak ada, tak mendatangkan kesakitan. Contohnya, bila keluar iklan iPhone baru saja, kita sibuk nak beli sebab kawan-kawan kita pun dah booking awal-awal. Sedangkan kalau tak beli pun, hand phone lama masih boleh pakai lagi. Perkara ini sering berlaku dan merupakan punca ketara kebocoran kewangan. Ianya amat merugikan kita. Bukanlah nak kata kita tak boleh beli handphone baru. Tapi ada kaedah lebih baik jika kita amalkan pengurusan kewangan bijak.


3. Simpan Duit .. Simpan Duit .. Simpan Duit.


Sejak dari bangku sekolah lagi kita diajar untuk menabung. Namun hakikatnya, ramai dikalangan kita yang gagal berbuat demikian. Terutamanya bila dah kerja dan dapat gaji yang lumayan. Sebenarnya, orang yang miskin kewangan ialah orang yang gagal menyimpan duit mereka. Tak guna dapat gaji lima angka jika satu sen pun kita tak simpan. Akhirnya nanti kita tetap akan jadi miskin.

Buat 'force saving' sekurang-kurangnya 10% gaji kita tiap-tiap bulan. Kemudian, lupakan. Sepuluh atau lima belas tahun kemudian, kita boleh guna sebahagian duit itu untuk pelaburan atau membeli barang2 yang selama ini kita idamkan.

Percayalah, kalau kita tangguhkan beli kereta baru hari ini dan mula simpan duit, lima tahun kemudian, kita akan dapat kereta baru yang lebih canggih dari kawan kita yang beli kereta hari ini, dan tanpa bebanan hutang yang berat.

(Petua: Simpan 6 bulan gaji dalam bentuk tunai untuk tujuan kecemasan, selebihnya boleh dilaburkan untuk keuntungan yang lebih baik. Menyimpan emas fizikal adalah salah satu kaedah 'force saving' yang baik. Baca tentang keistimewaan emas di sini. Simpanlah emas sekecil 1 gram sebulan demi jaminan masa depan anda.Mulakan simpanan emas anda disini.)


Bonus : Zakat dan Sedekah.


Pahala sedekah bukan dikira banyak mana kita bersedekah, tetapi sekerap mana kita bersedekah. Maknanya, selalu2lah bersedekah, walaupun sekadar RM1. Insyaallah, setiap RM1 yang kita sedekahkan, Allah akan gantikan dengan RM10 dari sumber-sumber yang kita tak jangka dan ketahui. 

Setiap dari kita yang bekerja, sama ada bekerja sendiri, dari sumber perniagaan, atau makan gaji, wajib mengeluarkan zakat pendapatan. PPZ contohnya membantu dan memudahkan kita menunaikan kewajiban dan tanggungjawab itu. Pelbagai kaedah digunakan, termasuk potongan gaji, bayar zakat melalui kiosk dan sebagainya. Hubungi mereka untuk khidmat nasihat, 24 jam sehari, sepanjang tahun melalui laman web rasmi mereka. 

Saya percaya, ada diantara kita yang menolak untuk membayar zakat, sedangkan nas-nas dalam Al-Quran jelas menunjukkan kewajiban ini. Pelbagai alasan, contohnya nak bayar hutang, anak sekolah, sewa rumah dan sebagainya. Sedangkan sedarlah bahawa dengan berzakat, harta akan bersih dan hati akan lebih tenang, selain ganjaran pahala besar yang dijanjikan Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana kita diberikan rezeki dan rasa beruntung bila kita mampu berzakat.

Tips2 ini nampak macam senang je. Tapi saya pasti, ramai yang gagal nak ikut. Kadang-kadang saya sendiri pun tersasar juga. Yang penting, kita kena niat dalam hati untuk buat, usaha, doa dan tawakal. Insyaallah, Allah akan bantu jika kita benar-benar bersungguh.
.