13 June 2016

BANTUAN KHAS RM500 UNTUK 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM SEMPENA AIDILFITRI

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. 

-- BERNAMA

05 May 2016

Bonus Tabung Haji 2015

Sejarah Pembayaran Dividen Tabung Haji dan Bonus : Tahun 1994 – 2015

TahunDividenBonus
19949.5Tiada
19959.5Tiada
19969.5Tiada
19979.5Tiada
19988.0Tiada
19998.0Tiada
20005.5Tiada
20013.25Tiada
20023.5Tiada
20034.0Tiada
20044.3Tiada
20054.5Tiada
20064.75Tiada
20075.02.0
20085.0Tiada
20095.0Tiada
20105.5Tiada
20116.0Tiada
20126.51.5
20136.02.0
20146.252.0
20155.03.0

http://www.beritasemasa.com.my/dividen-tabung-haji-pembayaran-bonus